KURMA



Kurma adalah sejenis
tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex
dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai
jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan
mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma
adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah
menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama
serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi
makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
KELEBIHA
KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar
katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan
buah-buahan dengan kurma masak.
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang
mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya
meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir
pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas
merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan
kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah
Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah
kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa
alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan batang kurma
itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang
sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang
beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang
khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan
bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata
sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,
tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia
lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah
yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah
kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan
susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan
darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa
kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma
tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan
otak.
Rasulullah juga pernah bersabda
mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri
kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa
hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar
dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS
adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga
Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka
puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji
buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur.
Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat
Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita
berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka
dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka
dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka
walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita
bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat
dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu
makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas
harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar
daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat
kepada Allah Subhanahu Wataala.
KHASIAT KURMA
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana
mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma
lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala
kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula
di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan
kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir
yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia
terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang
berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada
si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang
maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang
kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan
terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang
diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi
penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi
serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara
kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan
menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan
yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh
untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab.
Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi
jumlahnya sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk
menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan
pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan
kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma
mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari
daripada terkena racun yang dimakan.”
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol,
lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah
tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan
serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam
dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual
atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga
dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya
dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga
niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta
nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
. dari segi saintifik amat
berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan
gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan
protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang
dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh
membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus
kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak
sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekaligus menghentikan batuk.
Kurma dikatakan tumbuhan yang
mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di
dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan,
buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada
semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang
diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan
buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
KAJIAN DAN PENEMUAN SAINS
PERUBATAN
Berdasarkan pada ayat-ayat
Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma.
Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi
perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat
menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi
urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan
proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah,
menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd
Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra
Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah
otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera
makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga
seksual,kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains
Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan
otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran
kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari
penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu
mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut
dari pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat yang
tersendiri.
Pengeluar kurma dunia ialah Arab
Saudi, Iraq, Iran, Mesir, Tunisia dan Algeria
|
Kandungan Kurma Kering
|
%
|
|
Gula
|
Lebih 50
|
|
Protein
|
Lebih 2
|
|
Lemak
|
Lebih 2
|
|
Sumber Mineral
|
Lebih 2
|
Sumber: Encyclopaedia Britannica
CD99.
Kurma Mencegah Serangan
Stroke
• Kandungan
kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan
saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh
menurunkan risiko serangan stroke berkat tingginya kalium yang dikandungnya.
Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan
mineral. Sudah begitu, kandungan energi atau kalorinya pun rendah, sebab lemak
yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma.
Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan. Namun, karbohidratnya yang
tinggi membuat buah ini dapat menyediakan energi yang tinggi pula. Malah paling
tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh
darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur,
mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah
sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan,
makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan stroke.
Cukup Lima Butir Sehari..!
* Dari penelitian terhadap pola makanan yang dilakukan
terhadap 859 orang lelaki dan wanita berusia di atas 50 tahun di California
Utara, AS, diketahui, perbezaan kecil konsentrasi kalium pada pola makanan dapat
memprediksi mereka yang dijangkakan berpeluang meninggal akibat stroke 12 tahun
kemudian. Tak ada seorang pun yang sukatan kaliumnya paling tinggi (lebih dari
3.500 mg setiap hari) meninggal akibat stroke. Sebaliknya, orang yang secara
teratur engonsumsi kalium paling rendah (kurang dari 1.950 mg setiap hari)
mempunyai risiko stroke fatal jauh lebih
tinggi dibandingkan dengan yang lain. Di antara mereka yang konsumsi kaliumnya
paling Rendah, harapan meninggal akibat stroke 2,6 kali pada lelaki dan 4,8 kali
pada wanita. Makin banyak makanan kaya kalium yang dikonsumsi biasanya makin
kecil kemungkinan orang menderita stroke. Para penyelidik merumuskan dengan
hanya makan satu jenis ekstra makanan kaya kalium (minimal 400 mg setiap hari)
risiko fatal boleh diturunkan sampai 40%. Tahap 400 mg kalium itu mudah
sekali Anda penuhi dengan makan kurma kering sekitar 65 g saja, atau
setara dengan lima butir kurma. Makanan tinggi kalium, menurut Dr. Louis Tobian,
Jr., pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University AS, juga dapat
membantu menurunkan tekanan
darah serta boleh memberi kekuatan tambahan dalam mencegah stroke secara
langsung, sebagaimana kondisi tekanan darah seseorang. Untuk membuktikan
hal itu, Dr. Tobian melakukan eksperimen pada dua kelompok tikus yang terkena
hipertensi. Satu kelompok tikus diberi diet tinggi kalium dan kelompok lain diet
kalium normal. Hasilnya amat luar biasa. Diantara kelompok tikus yang mendapat
kandungan kalium tinggi, tak satu pun mengalami
perdarahan otak. Sementara 40% pada kelompok tikus yang mendapat kalium normal
menderita stroke ringan yang dibuktikan dengan adanya perdarahan otak.
Dari hasil penelitian itu, Dr Tobian membuat kesimpulan, konsumsi ekstra kalium
dapat menjaga dinding arteri tetap elastik dan berfungsi normal. Keadaan ini
membuat pembuluh darah tidak mudah rusak akibat tekanan darah. Jadi jelas, kurma
yang secara tradisional disajikan sebagai salah satu hidangan untuk berbuka
puasa di Bulan Ramadhan, bukan makanan pembuka yang
biasa. Diam-diam ia menyimpan senjata potensial antistroke dan antiserangan
jantung. Meskipun demikian, untuk memastikan nampak positif kurma, agaknya masih
perlu dibuktikan lebih lanjut melalui penelitian.
Memiliki Aktiviti Seperti
Aspirin/Pill Killer
* Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan
pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan
baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat
bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa
ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi
Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland
(kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan
tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle
Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin. Kurma kering ,
katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri,
prune dan kismis kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga
mengandung salisilat.
orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat,
akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar
kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka
terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma.
Di pihak lain , para pakar tergugah rasa ingin
tahu terhadap perkembangan bahwa salisilat pada makanan boleh memberikan
prestasi yang sama dengan minum aspirin. Memang, ada kaijan yang membuktikan,
aspirin regular dose rendah (kurang atau separuh dose yang biasa diminum per
hari) sanggup membantu mencegah serangan jantung atau stroke.
Berdasarkan hal itu, para pakar mengharapkan, dose rendah salisilat dalam
makanan yang dikonsumsi boleh juga meredakan sakit kepala.
Komposisi Gizi
* Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam
keadaan kering atau
segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti
aneka
produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap.
Di negera Arab kurma mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat.
Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi
bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang kandungan karbohidrat sederhananya,
alias gulanya, yang tinggi. Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60%
pada kurma lembek (yang diambil sewaktu masih lembek dan mentah) hingga sekitar
70% pada kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari)
Kebanyakan varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam
darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar
buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang tumbuh di
California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir, seperti dikutip harian "Buana
Minggu", kurma mengandung zat gula 70%. Sebagian besar zat gula yang
terdapat di dalamnya sudah diolah secara alami dan tidak berbahaya bagi
kesihatan. Seperti halnya gula pada buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini
mudah dicerna dan mudah dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan
tenaga yang tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan
menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma dianggap
sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun sahur.
Segelas air yang mengandung glukosa, menurut Dr. David
Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation, seperti dikutip Panasea, akan
diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru
habis terserap dalam tempo 45-60 menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak
kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga
kaya dengan serat.
Keunggulan kurma lainnya mengandung berbagai vitamin penting, seperti vitamin A,
tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan
kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat
berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat
(bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg,
riboflavin 0,10 mg, niasin 2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu
berfungsi membantu melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat
serta penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan membantu melepaskan energi dari makanan,
sementara tiamin membantu melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan
niasin memainkan peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin
penting bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan
kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat
dalam kurma berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara
mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon
(potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh
mencegah perdarahan rahim.