TENTERA ALLAH - LALAT
Sebuah cerita yang diterima dari Hussain yang didengarnya dari
Abdullah, dari Suaid bin Said, dari Abu Al-Muhayyah, beliau berkata : seorang
lelaki telah bercerita kepadaku :Kami ada satu rombongan pergi mengembara, di antara
kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kami sudah menghalangnya tetapi
dia tidak menghentikan perbuatannya.
Di tengah perjalanan kami berhenti kerana terasa terlalu penat.
Ada di antara kami yang memanfaatkan masa untuk berehat, minum air dsb. Kawan kami yang
memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi pergi agak jauh mungkin pergi membuang air
besar.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan teriakannya yang kuat meminta
tolong. Kami fikir dia digigit ular atau disengat lebah. Kami berkejar ke arahnya. Rupanya
dia diserang oleh segerombolan lalat yang ganas seperti bangkai yang dikerumuni
lalat.
Kami sedaya upaya menolongnya tetapi sengatan lalat itu lebih
bisa drp sengatan lebah. Kami terpaksa lari dari tempat itu. Setelah lalat itu pergi
meninggalkan kawan kami itu, kami dapati anggota tubuhnya ada yang terputus.
Ini adalah balasan daripada Allah terhadap orang yang memaki sahabat
Rasulullah SAW.