Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai
ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam.
Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut.
Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan
tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.
Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan
manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa
meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua
mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang
telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil,
Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.
Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala,
satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah
kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah
punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.
Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga.
Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh
walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya.
Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut
nyawa seseorang itu katanya : Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau
hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?
Allah SWT menjawab : Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing
sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan
waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya.
Menurut Kabil Akbar katanya : Allah SWT telah menciptakan sebuah
pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah
ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari
hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia
telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut.
Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut
sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari.
Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu
sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat
kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan.
Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat
Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan
debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan
menemui ajalnya.