Kisah Malaikat Jibril Dan
Malaikat Mikail Menangis
Dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali menyebut bahawa nama Iblis
itu disebut Al-Abid (ahli ibadah)pada
langit yang pertama. Pada langit yang kedua disebut Al-Zahid.
Pada langit yang ketiga disebut Al-Arif. Pada langit keempat disebut
Al-Wali. Al-Taqi pula gelarannya di langit kelima, Al-Kazin di langit
keenam dan Al-Azazil di langit ketujuh. Sementara di Loh
Mahfuz disebut sebagai IBLIS.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya
sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada
aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada
api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang
berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati
iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat
bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh
dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang
sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa
menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah
cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan
kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di
atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah
kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang
hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir
lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat
sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit,
dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan
dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat
kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta
menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril
A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang
membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah
aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak
aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir
aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan
untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman
dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman
lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama
dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu
dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong
ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan
yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah
al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai
di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera
engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta
dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis
kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."