Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang
mukmin tersebutpun menjawab salamnya.
Malaikat Maut berkata : Sebenarnya aku ada hajat hendak
disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu
Orang mukmin tersebut berkata : Silakan, sebutkan hajatmu
itu
Malaikat Maut berkata : Sebenarnya aku adalah malaikat maut
Orang mukmin tersebut berkata : Selamat datang, sudah sekelian
lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak
aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu
Malaikat Maut berkata : Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan
dulu
Orang mukmin tersebut berkata : Wahai malaikat maut ! Aku tidak
mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak
bertemu denganNya.
Malaikat Maut berkata : Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki
aku mengambil nyawamu
Orang mukmin tersebut berkata : Sanggupkah engkau melaksanakan
kehendakku ?
Malaikat Maut berkata : Ya, aku sanggup, katakan saja sebab
memang aku diperintahkan begitu
Orang mukmin tersebut berkata : Wahai malaikat maut ! Tinggallah
aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud
Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau
sedang sujud mengadap Allah SWT.