Wahab bin Munabbih telah mennceritakan : Ada seorang raja hendak
pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah
mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai
pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan
kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik
sekali
Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah
Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan virus sombong. Maka beliau menjadi
cukup sombong.
Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya
salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki
oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja
tadi dengan marahnya berkata : Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau
Lalu lelaki itu berkata : Aku ada keperluan yang hendak aku
sampaikan kepadamu sekarang
Jawab raja : Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini
Lelaki itu berkata lagi : Tidak, aku hendak sampaikan sekarang
juga
Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata :
Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?
Seterusnya elaki itu berkata : Ini adalah rahsia
Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki
tersebutpun berkata : Aku adalah malaikat maut
Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh
anggota raja dan berkata : Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana
aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat
mereka
Malaikat maut berkata : Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan
dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya
Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja
itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat.........