New Page 1

 

Home
Menu Utama

 


 

 

PANGGILAN KEPADA MAYAT

 

Dalam satu riwayat, ketika ruh berpisah dari jasad, maka ia dipanggil dari langit dengan tiga jeritan :

         Wahai anak Adam,

             1. Apakah kamu meninggalkan dunia, ataukah dunia meninggalkan kamu ?
             2. Apakah kamu mengumpulkan dunia, atau dunia mengumpulkan kamu ?
             3. Apakah kamu mematikan dunia, atau duniakah yang mematikan kamu ?
 

        Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

             Wahai Anak Adam,

               1. Di mana tubuhmu yang kuat, bukankah sekarang kamu menjadi elamh ?
              2. Di manakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang menjadi diam ?
            3. Di manakah semua kekasihmu, bukankah sekarang mereka mengasingkan
                kamu ?
 

         Sewaktu mayat diletakkan untuk disembahyangkan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :

             Wahai Anak Adam,

              1. Segala amal yang telah kamu lakukan akan akmu lihat
              2. Jika amal perbuatanmu baik, maka kamu akan melihat baik
              3. Jika amal perbuatanmu jahat, maka kamu akan melihat buruk
 

       Sewaktu mayat diusung,, ia dipanggil tiga kali jeritan :

           Wahai Anak Adam,

              1. Sangat bahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat
              2. Sangat bahagialah kamu jika amalmu baik  alangkah celakanya
                  kamu jika para sahabatmu orang yang dimurkai Allah.
 

     Sewaktu diletakkan di tepi kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

          Wahai Anak Adam,

             1. Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini ?
             2. Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?
             3. Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini ?
 

    Sewaktu mayat diletakkan di liang kubur, maka dipanggil tiga kali teriakan :

         Wahai Anak Adam,

     Setelah manusia pulang meninggalkan mayat yang telah dikuburkan, lalu Allah berfirman : "Wahai hambaku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia, isteri dan anak-anak. Namun Aku sangat kasihan kepadamu pada hari ini dengan limpah Rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan Aku lebih kasihan kepadamu daripada kasih ibu kepada anaknya. .
 

 

Free CSS Template

Sponsors


Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2018 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy!Valid CSS!Valid XHTML 1.0 Transitional