Cara Pengubatan
Rasulullah SAW
Luka
Sakit kepala
LUKA
Dari
Abu Hazim bahawa ia mendengar Sahal bin Saad ditanya orang mengenai cara
pengubatan luka Rasulullah SAW yang diperolehi baginda semasa perang
Uhud. Jawab Sahal : “Muka Nabi luka, dua gigi depannya pecah dan topi
penutup kepalanya hancur. Fatimah, puteri Rasulullah SAW yg membasuh
luka itu dan Ali bin Abu Thalib menaburkan mijan (sejenis tumbuhan yg
berfungsi spt bius). Ketika Fatimah melihat darah yg keluar masih tetap
banyak, ia mengambil tikar hashir (tikar yg dibuat drp sejenis pohon
bahan baku kertas di Mesir - papyrus) lau membakarnya menjadi abu. Lalu
abu tadi ditempelkan ke luka tadi, setelah itu luka tersebut tidak
mengeluarkan darah lagi. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Menurut pengarang kitab “al-Qanun” al-Baradi (sejenis pohon papyrus di
Mesir) berkhasiat untuk mencegah keluarnya darah luka dan jika
ditaburkan ke atas luka, dagingnya akan segera sembuh. Org Mesir sejak
dahulukala menjadikannya sebagai kertas. Abunya sangat baik utk
menghentikan pendarahan dan mencegah agar luka tidak semakin membesar
kerana ia akan mengeringkankannya.
Rasulullah SAW telah mengajar cara mengubati luka seperti berikut ;
Dari
Asyah RA ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika seseorang terluka,
mempunyai kudis @ luka : maka baginda berbuat dengan jarinya begini -
lalu Sufyan meletakkan jari telunjuknya ke tanah dan mengangkatnya - dan
Rasulullah SAW mengucapkan : “Dengan nama Allah pemilik bumi kita,
dengan rasa kasih sayang sebahagian kita, semoga sembuhlah penyakit kita
dengan izin Allah”. hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Hadis ini menerangkan cara pengubatan luka yang dianjurkan oleh
Rasulullah SAW dengan menggunakan jari telunjuk yang digoreskan ke
tanah, lalu disapukan ke tempat yang terluka dan disertai dengan doa,
pasti keberkatannya mampu mengubati sesuatu. Tambahan pula, ia merupakan
sunnah Rasulullah SAW. Nampak mudah, sesiapapun mampu melakukannya. Apa
yang penting adalah keikhlasan dan keyakinan hati kepada Allah SWT. Kita
hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal, hanya Allah penentu sesuatu….
#
Amalan sendiri
Apa yg selalu saya amalkan utk memberhentikan pendarahan ialah dengan
mengulum ibu jari kanan sambil membaca ayat ke 14 Surah as-Syam,
kemudian tonyehkan ke tempat luka tersebut. Alhamdulillah setakat ini
berjaya dengan pertolongan Allah…
Sakit kepala
Bahawa Rasulullah SAW apabila sakit kepala baginda akan melumuri
kepalanya dengan daun inai dan mengatakan; Sesunguhnya daun inai ini
bermanfaat untuk menyembuhkan sakit kepala.. Insya Allah. Hadis riwayat
Ibnu Majah.
Di
antara sebab sakit kepala adalah ;
Cara
penyembuhan penyakit ini ada beberapa jenis. Ada yang dapat disembuhkan
dengan muntah, makan, rehat, menaikkan suhu badan, menjauhkan bunyi
bising dsb.
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata tidak pernah seorangpun yang mengadu
sakit kepala kepada beliau kecuali beliau berkata : Berbekamlah ! Dan
tidak seorangpun yang mengadu sakit kedua kakinya kepada baginda kecuali
beliau berkata : Balutlah/lumurilah dengan inai”. Hadis riwayat Abu
Daud.