Wasiat Imam Syafie
Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10
perkara berikut :
Pertama :
Hak Kepada Diri iaitu
mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan
rezeki yang ada.
Kedua :
Hak Kepada Malaikat Maut
iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada
orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah
Ketiga :
Hak Kepada Kubur iaitu
membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan
solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat :
Hak Kepada Munkar Nakir
iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima :
Hak Kepada Mizan iaitu
menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan
Keenam :
Hak Kepada Sirat iaitu
membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.
Ketujuh :
Hak Kepada Malik iaitu
banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa,
bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan :
Hak Kepada Ridhwan
iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat
Allah dan bertaubat daripada maksiat.
Kesembilan :
Hak Kepada Rasulullah SAW
iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah,
menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
Kesepuluh :
Hak Kepada Allah SWT
iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai
ketaatan dan membenci kemaksiatan.