QURBAN
Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat
(Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13
Zulhijjah) dengan tujuan benbadat kepada Allah.
Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang
mampu dan wajib bagi yang bernazar.
Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar
cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika
terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa
Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan
perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut sekadar ujian Allah
SWT kepada kedua-dua beranak tersebut. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut
di mana nabi Ibrahim sanggup menyembelihkan anak sendiri dan nabi Ismail pula
patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Semua ini dilakukan menunjukkan
bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain
walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah
mengantikan tempat nabi Ismail dengan kambing (Qibasy).
Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Syarat-syarat
sah ibadat Qurban ialah:
(a) Berniat
Qurban ketika menyembelih.
(b) Sembelihan
dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 Zulhijjah
hingga terbenam matahari 13 zulhijjah.
(c) Penyembelih
orang Islam.
(d) Tidak
terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan
dagingnya.
(e) Binatang
ternakan yang halal dimakan.
(f) Binatang
yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup
umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
|
Binatang
|
Umur
|
|
Biri-biri/
|
1 tahun
atau lebih
|
|
Kambing
|
2 tahun
atau lebih
|
|
Lembu/kerbau
|
2 tahun
atau lebih
|
|
Unta
|
5 tahun
atau lebih
|
Pembahagian
daging Qurban
Pembahagian
daging Qurban adalah seperti berikut:
(a)
1/3 disedeqahkan
kepada fakir miskin
(b)
1/3 dimasak untuk
jamuan ramai
(c) 1/3 orang yang berQurban
Qurban Nazar haram
dimakan oleh orang yang bernazar.
Lebih afdhal
sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya.
Haram diberikan
daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah
ataupun masak.
Harus
disedeqahkan kepada orang kaya.
Perkara
Sunat Ketika Ibadah Qurban
1 Membaca Basmallah atau takbir
2 Selawat
kepada nabi
3
Menyembelih pada waktu siang.
4 Memilih
binatang yang gemuk dan sihat.
5 Disembelih
oleh orang yang berqurban.
6. Binatang hendaklah
dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.
7. Orang yang berqurban
makan sebahagian daging qurban
8. Menggunakan alat
sembeliha yang tajam
Hikmah-hikmah
Qurban
1.
Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3. Tanda
kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah.
4. Meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah
5.
Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk
semangat pengorbanan
terhadap diri dan masyarakat.
6. Menggembirakan fakir miskin
untuk menikmati juadah daging korban.
7.
Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam