RUJUK
Pengertian
rujuk
1.
Rujuk dan segi
bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud
mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga
kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.
2.
Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan
persetujuan kepada bekas isteri
terlebih dahulu.
3. Seorang
suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya
untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana
rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.
4.
Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ
قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي
أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا
إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)
Maksudnya:
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal
bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan
oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah
dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju' akan)
isteri-isteri itu dalam masa 'iddah mereka jika suami-suami bersetujuan hendak
berdamai . Dan isteri-isteri itu menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang
ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak
dilarang oleh syara'); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu)
mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah : 228
Hukum
Rujuk
1. Wajib — Suami yang
menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan
pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
2.
Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada
isteri tersebut.
3.
Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
4.
Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah
pihak.
5.
Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.
Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat
berikut:
(a)
belum habis idah.
(b)
isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.
(c)
talak itu setelah persetubuhan.
Rukun Rujuk :
(1)
Suami yang merujuk.
Syarat-syarat suami sah merujuk:
(a) Berakal.
(b)
Baligh.
(c) Dengan kemahuan sendiri.
(d) Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.
(b)
Isteri yang dirujuk.
Syarat isteri yang sah dirujuk:
(a)
Telah disetubuhi.
(b) Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
(c)
Tidak bercerai dengan khuluk —
tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khuluk.
(d) belum
dijatuhkan talak tiga
(c) Ucapan yang menyatakan
rujuk.
Syarat-syarat lafaz:
(a)
Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku rujuk engkau”
atau “aku
kembalikan engkau kepada nikahku”.
(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya
kata suami “aku rujuk
engkau jika engkau mahu”. Rujuk itu tidak sah walaupun
isteri mengatakan mahu.
(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami
“aku rujuk engkau selama
sebulan”.
5. Isteri yang telah habis tempoh
iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga
tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya
ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.
Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:
(a) selesai idah dari suami pertama.
(b)
bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
(c)
suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
(d) bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).
(e) Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu
dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang
ditetapkan.
6.
Rujuk secara
bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa
saksi.
Hikmat
rujuk
1.
Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan
numah tangga.
2.
Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku
perceraian.
3.
Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal
rumahtangga.