New Page 1

 

Home
Menu Utama

 
  

  

RUJUK



   Pengertian rujuk
 

1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.

2.  Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.

3.  Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.

4.   Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:

 

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)

       
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju' akan) isteri-isteri itu dalam masa 'iddah mereka jika suami-suami bersetujuan hendak berdamai . Dan isteri-isteri itu menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara'); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 
Al-Baqarah : 228

 

 Hukum Rujuk
 

1.   Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

2.   Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

3.    Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.

4.    Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

5.    Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.

   

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:

      (a)   belum habis idah.

      (b)   isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.

(c)   talak itu setelah persetubuhan.   

 

  Rukun Rujuk :
 

(1)   Suami yang merujuk.  

Syarat-syarat suami sah merujuk:
  
(a)  Berakal.
(b)  Baligh.
(c)  Dengan kemahuan sendiri.  
(d)  Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.  
 

(b)   Isteri yang dirujuk.  

Syarat isteri yang sah dirujuk:  

(a)   Telah disetubuhi.  
(b)   Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.  
(c)   Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang
       bercerai dengan khuluk. 
(d)   belum dijatuhkan talak tiga  
 

(c)  Ucapan yang menyatakan rujuk

 
Syarat-syarat lafaz:  

(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku
     rujuk engkau”
atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.  


(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik,
      misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk
      itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.  

(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau
     selama sebulan”
.  

 

  5.   Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. 

       Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:
 

         (a)   selesai idah dari suami pertama.

(b)   bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

(c)   suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.

(d)   bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).

(e)   Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.  
 

Rujuk secara bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa saksi.

 

Hikmah rujuk

 

1.     Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan numah tangga.

2.     Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.

3.     Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.

 

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan




 

 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional