Semasa manusia menghadapi sakaratul maut,
syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat
dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti
ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk
di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.
"Mungkin engkau akan mati sebentar lagi,
kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi
atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara
Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang
yang nazak.
Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang
yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang
tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman
seorang mukmin.
Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi
di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada
si nazak tadi.
Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan
air itu kepadaku".
Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada
seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu".
Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah
kita ???
Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak
kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.
Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu
kepadaku".
Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah
dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu".
Alangkah malangnya orang menyahut permintaan
syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga
akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita TIDAK termasuk
dalam golongan yang celaka ini.
Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah
diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya
berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu
Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan
serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya".
Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga.
Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah
kalian mengatakan sesuatu kepadaku"
Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan
mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya".
Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis
mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku
sambil menggerakkan mangkuk.
Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan
air"
Lalu saya berkata : "Ya memang".
Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa
Isa anak Allah".
Maka saya berpaling dari arahnya.
Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil
berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.
Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah,
tidak ada tuhan".
Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".
Iblis itu terus membalingkan mangkuk di
atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.