New Page 1

 

Home
Menu Utama

Premium - 2 kekosongan

 

RASULULLAH SAW UMMI (BUTA HURUF)
 

Masyarakat Arab tidak dapat menerima  Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul kerana beliau dilahirkan sebagai  seorang insan yang ummi (buta huruf). Bagaimana seorang yang buta huruf dapat memimpin sebuah masyarakat yang sudah berpecahbelah dan suka berperang ! sedangkan para nabi dan rasul terdahulu terdiri daripada orang-orang yang terpengaruh spt raja dsb. Mereka merasa teramat malu..... malah mereka merasakan pembesar-pembesar Quraisylah yang paling layak kerana mereka berpengaruh, ramai pengikut, bijak berpolitik, banyak harta dan ramai tentera. Mereka boleh menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan pengaruh, kekayaan dan kekuatan tentera mereka....

Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui......

Allah SWT telah melantik Rasulullah SAW sebagai Rasul dikalangan orang biasa kerana Allah mahu Islam berkembang melalui kekuatan iman dan keikhlasan. Allah tidak mahu Islam berkembang disebabkan pengaruh atau kekayaan seseorang kerana ia menunjukkan Islam itu lemah kerana mengharapkan ihsan pengaruh dan kekayaan seseorang.

Islam bermula daripada orang-orang miskin dan hamba.....lemah, tiada kekuatan tentera dan pengaruh politik. Jadi kebangkitan Islam itu adalah kebangkitan sejati. Mereka hanya ada kesatuan dan kekuatan aqidah serta keikhlasan hati yang tidak perlu dipertikaikan. Jadi kekuatan aqidah dan keikhlasan hati boleh menjadikan seseorang atau masyarakat itu menjadi terlalu kuat sehingga mampu mengegarkan dunia. Ringkasnya, orang  atau masyarakat yang lemah boleh mengoncang dunia sekiranya mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW bukanlah satu keaiban dan kecacatan sepertimana yang didakwa oleh masyarakat Quraisy dan musuh-musuh Islam sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada zaman kelahiran Islam, penulisan tidak berapa penting kerana  masyarakat Arab merupakan masyarakat yang kuat daya ingatnnya. Mereka mampu menghafal apa saja sehinggakan salsilah keturunan mereka turut dihafal. Lagipun pada  masa itu alat penulisan belum banyak dicipta. Jadi semuanya dihafal spt perjanjian, syair-syair dsb.... maka tidak memerlukan seseorang itu celik huruf..apa yang perlu ialah sekadar mendengar, kemudian hafalkan. Jadi kelahiran Rasulullah SAW yang ummi sesuai di zamannya....Bukanlah keaiban... tetapi sesuai dengan keadaan semasa masyarakat ketika itu..Cuma diperbesarkan oleh musuh-musuh Islam yang tidak faham keadaan zaman tersebut....tentu ada agenda yang lain.

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (2)

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. Surah al-Jummuah.

 

Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW telah membawa rahmat kepada umat Islam.

Pertama : Masyarakat Musyrik Quraisy tidak boleh mendakwa bahawa Islam adalah agama ciptaan Muhammad. Bagaimana Rasulullah SAW dapat mencipta sebuah agama sedangkan beliau sendiri tidak tahu membaca dan menulis.

Kedua  :  Orang Quraisy juga tidak dapat mendakwa bahawa al-Quran itu ciptaan Rasulullah SAW kerana mustahil seorang yang buta huruf dapat mencipta atau mengarang sebuah kitab yang amat hebat dan tiada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban umat manusia. 

 

وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ (48)

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). Surah al-Ankabut.

 

Free CSS Template

Iklan teks - 10 kekosongan - Iklan teks anda di sini. Hanya RM10 sebulan.

Sponsors




Perpustaan Digital, mengandungi
ribuan kitab-kitab turath mu'tabar.
Download PERCUMA !!!

 

Right - 7 kekosongan



 Work From No Home

 

 

 

 

 
www.tayibah.com-footer

Home | Aqidah | Feqah | Keajaiban | Tokoh Artikel | Tazkirah | Sirah | Tamadun | Kesihatan | Perubatan  |  Usul Fiqh | Ulumul Hadis Doa & Zikir  | eKhutbah | Download |Video 


Copyright 1999-2013 www.tayibah.com

Penafian

Isi kandungan website ini adalah koleksi peribadi dan untuk rujukan semata-mata. Anda dinasihatkan merujuk kepada alim ulama' dan kitab-kitab mu'tabar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Jika terdapat kesilapan fakta, sila hubungi webmaster@tayibah.com untuk pembetulan. Kerjasama anda amat dihargai. Sekian. Terima kasih. Sama-samalah kita menyumbang kepada dakwah Islamiyyah.


   

Valid CSS!HONESTe Online Member Seal Click to verify - Before you buy! Valid XHTML 1.0 Transitional