Wasiat

 

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَمَرِضْتُ بِمَكَّةَ مَرَضًا فَأَشْفَيْتُ مِنْهُ عَلَى الْمَوْتِ فَأَتَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالًا كَثِيرًا وَلَيْسَ يَرِثُنِي إِلَّا ابْنَتِي أَفَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثَيْ مَالِي قَالَ لَا قَالَ قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ الثُّلُثُ كَبِيرٌ إِنَّكَ إِنْ تَرَكْتَ وَلَدَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَتْرُكَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ وَإِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى اللُّقْمَةَ تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ

 

Diriwayatkan dari al-Humaidi, diriwayatkan dari Sufyan, diriwayatkan dari Al-Zahri, beliau telah diberitahu oleh 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya, dia berkata ; Aku telah sakit teruk ketika di Makkah, kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa maut. Maka Rasulullah SAW sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah SAW : "Wahai Rasulullah SAW ! Aku mempunyai harta yang banyak dan tiada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak perempuanku. Apakah boleh aku sedeqahkan 2/3 dari hartaku ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak. Aku berkata : Bagaimana kalau 1/2 ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak. Aku berkata : kalau 1/3  Jawab Rasulullah SAW : 1/3 itu sudah banyak. Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anak kamu kaya daripada meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi pahala walaupun satu suapan makanan kepada isterimu".  Riwayat al-Bukhari
 

ُPengertian Wasiat
 

Wasiat dari segi bahasa bermaksud berpesan. Sementara dari segi Istilah pula ialah Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimilikinya selepas dia meninggal dunia.

 

Rukun Wasiat
 

1. Orang yang berwasiat ( الموصِى )

- Berakal
- Baligh
- Merdeka
- Pilihan sendiri, tiada paksaan

2. Penerima Wasiat ( الموصًى له )

- Ada (masih hidup) semasa berwasiat
- Hendaklah ditentukan, jika kepada orang perseorangan
- Hendaklah orang yang boleh memiliki harta dan berhak
- Bukan pembunuh kepada pmilik wasiat
- Bukan untuk perkara maksiat
- Beragama Islam

3. Barang/Harta yang diwasiatkan ( الموصى  به )

- Harta yang boleh dipusakai spt tanah atau rumah
- Bernilai pada syarak
- Boleh/Layak untuk dimiliki. Tidak sah barang yang tidak boleh dipindahmiliki spt hukuman penjara dsb
- Kepunyaan orang yang berwasiat
- Bukan barang haram

4. Sighah (Ijab dan Qabul)

- Lafaz Sarih
- Lafaz Kinayah

Para fukaha' bersepakat bahawa tidak disyraratkan Qabul pada masa yang tertentu dan tidak disyaratkan bersegera menerima atau menolaknya.

 

Hukum Wasiat

 

Wasiat sunat dilakukan apabila seseorang itu dalam keadaan sakit hampir nak mati sebagaimana hadis di atas. Walau bagaimanapun, wasiat juga boleh dilakukan dalam situasi sihat atau sakit biasa atau ketika hendak bermusafir sebagaimana hadis di bawah ;

 
عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَه
 

Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Hak seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sesudah bermalam selama 2 malam, tiada yang lain, hanyalah wasiat itu tertulis pada amalan kebajikan" Riwayat al-Bukhari dan Muslim

 

Kadar Wasiat

 

1. Meninggalkan Ahli Waris - Jamhur Ulama' berpendapat bagi orang yang meninggalkan ahli waris, kadar wasiatnya adalah tidak lebih daripada 1/3 harta.

2. Tidak Meninggalkan Ahli Waris - Jamhur Ulama' termasuk mazhab Maliki dan Syafie, kadar wasiatnya adalah tidak lebih daripada 1/3 harta. Sementara mazhab Hanafi wasiat yang  lebih daripada 1/3 harta - Harus hukumnya.

Wasiat yang dilakukan kepada orang lain yang melebihi 1/3 harta hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut ;

1. Keizinan daripada ahli waris hendaklah diperolehi setelah orang yang berwasiat meninggal dunia.
2. Ahli waris yang memberi keizinan tersebut hendaklah mempunyai kuasa dan berhak (ahliah tasarruf)  untuk berbuat demikian.
3. Orang yang menerima wasiat, bukan ahli waris.
4. Orang yang menerima wasiat bukan pembunuh orang yang berwasiat.
5. Harta yang diwasiatkan itu boleh dimiliki setelah orang yang berwasiat meninggal dunia.