ZAKAT HARTA

Hukuman dan celaan engan bayar zakat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ

Sesiapa yang Allah kurniakan harta kepadanya dan dia tidak menunaikan zakatnya, maka Allah akan jadikan (hartanya) pada hari kiamat nanti seekor ular botak (st bisa) dan mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (jahat), ulat itu akan membelit leher dan dagunya (tuan punya harta) sambil berkata : Akulah hartamu, akulah yang kamu simpan dahulu" Hadis riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad.

Zakat harta terdiri drp ;

 a) Buah-buahan dan bijian yang menjadi makanan rugi (asasi) sesuatu negara spt padi,
     gandum, kurma dan barli

b) Ternakan spt kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

c) Bahan galian spt emas, perak

d) Wang simpanan

e) Harta perniagaan spt kedai, perusaahaan, perkilangan, saham dsb.

f) Harta rikaz iaitu harta karun yang dijumpai tertanam di dalam tanah.

 
    
Firman Allah S.W.T.:

                 Maksudnya: Ambilah sebahagian drp harta mereka  menjadi sedeqah (zakat), dengan itu kamu    membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)...

                                                                                                          (Surah At-Taubah: Ayat 103)

   Zakat diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat, iaitu:

(a)   Islam, tidak wajib ke atas orang kafir;

(b)  merdeka, tidak wajib ke atas hamba;

(e)   sempurna milik, bukan harta curi, bukan harta orang lain, atau sebagainya;

(d)  cukup nisab, iaitu cukup kadar yang ditentukan oleh syarak;

(e)   cukup haul, iaitu cukup masa atau tempoh yang ditentukan oleh syarak.

 

Zakat Buah-buahan (Bijirin)

1.    Syarat wajib mengeluarkan zakat buah-buahan  ialah:

(a) pemiliknya orang Islam;

(b)  merdeka;

(c)   milik seridiri;

(d)  cukup nisab;

2.    Nisab zakat buah-buahan ialah kira-kira 700 kg.

3.    Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.

4.    Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%. Hadis Nabi S.A.W.:

                 Maksudnya:Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma  kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang 
           atau lebih drp 700kg) (Riwayat Muslim)

 

Binatang Ternakan                             

Binatang yang wajib dikeluarkan zakatnya ialah:

a) lembu, kerbau;      
                      

b) kambing, biri-biri, kibas;                                        

c) unta.

                                                           
Syarat-syarat zakat binatang ternakan ialah:   

a) pemiliknya orang Islam yang merdeka;                                             

b) kepunyaan sendiri;

(c) cukup nisab;

(d) cukup haul @ genap setahun;

(e) bebas makan rumput di mana-mana, bukan dibeli;

f) binatang bukan digunakan untuk bekerja.

 

3.    Nisab dan zakat bagi unta adalah seperti jadual yang berikut:

 Nisab Unta  Kadar Zakat   Umur
 5 9   1 ekor kambing biasa @ 1 ekor kambing biri-biri (kibas)       2 tahun lebih
10— 14   2 ekor kambing biasa @  2 ekor kambing biri-biri (kibas) 1 tahun lebih
15 19 3 ekor kambing biasa @  3 ekor kambing biri-biri (kibas)   2 tahun lebih
 20— 24   4 ekor kambing biasa @  4 ekor kambing biri-biri (kibas)   1 tahun lebih
 25 35   1 ekor anak unta betina  (بنت مخاض) 1 tahun lebih
36 45    1 ekor anak unta  betina  (بنت لبون) 2 tahun lebih
46 - 60    1 ekor anak unta betina  ( حقَّة) 3 tahun lebih
 61-75     1 ekor anak unta  betina  ( جَذعة) 4 tahun lebih
 76 90  2 ekor anak unta betina  (بنتا لبون) 2 tahun lebih
 91 120  2 ekor anak unta betina  (حقتان) 3 tahun lebih

Setiap tambahan 50 selepas 120 ialah seekor unta betina 3 tahun lebih. Tambahan setiap 40 selepasnya ialah seekor unta betina 2 tahun lebih. (sila rujuk Fiqh Zakat oleh Dr. Yusuf Qardhawi).

         
4, 
Nisab dan zakat bagi lembu/kerbau seperti yang berikut:

Nisab Lembu/Kerbau Kadar Zakat   Umur
 30 - 39  1 ekor anak lembu @ kerbau   1 tahun lebih
40 59  1 ekor anak lembu @ kerbau   2 tahun lebih

 5.    Nisab dan zakat kambing dinyatakan dalam jadual di bawah ini:

 

   Nisab Kambing  Kadar Zakat Umur
40 -  120  1 ekor kambing betina biasa  atau 
1 ekor kambing biri-biri (kibas) betina           
2 tahun lebih
1 tahun lebih
121- 200  2 ekor kambing biasa atau 
2 ekor kambing biri-biri (kibas) betina
2 tahun lebih
1 tahun lebih
 201- 300 3 ekor kambing betina biasa  atau
3 ekor kambing biri-biri (kibas) betina         
2 tahun lebih
1 tahun lebih

 Setiap tambahan seratus (100) selepas 300 ialah tambahan seekor  kambing/biri-biri                                                                                                   

Zakat Emas dan Perak

1.    Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:

(a)   milik onang Islam;

(b)  dimiliki oleh orang yang mendeka;

      (c)   hak milik sepenuhnya;

      (d)  cukup nisab;

      (e)   genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:

    Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.    (Surah At-Taubah: Ayat 34)

 

2.    Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 6 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 96 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadan 2.5%.

3.    Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.

 

Zakat Harta Perniagaan

1.    Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:

(a)   dimiliki oleh orang Islam;

(b)  dimiliki oleh orang yang merdeka;

(c)   milik sepenuhnya;

(d)  cukup nisab;

(e)   genap setahun.

 

Sabda Rasulullah S.A.W.:

 Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

 2.    Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun  perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.

 

Zakat Harta Rikaz

1.      Rikaz ialah hanta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah.

2.    Harta tersebut wajib dikeluarkan zakat.

3.    Syarat-syarat mengeluarkan zakat ialah:

(a)   orang Islam;

(b)  merdeka;

(e)   milik sendini;

(d)  cukup nisab.

 

4.    Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.

  Sabda Rasulullah S.A.W.:

 Maksudnya:             Zakat rikaz (harta karun) seper1ima (20%).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

  

  5. Lain-lain zakat harta ialah zakat KWSP dan Zakat Pendapatan. Sila rujuk Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.

 

HIKMAT ZAKAT

 

1.    Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:

(a)    mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;

(b)  mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;

(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;

(d)  memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;

(e)  melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.

2.  Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:

(a)  memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;

   (b)   membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada
          umat Islam;

(c)   memperkukuh ekonomi umat Islam dan menyebabkan kaum lain menghormati kemampuan umat Islam;

(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;

(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;

 (f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.

3.  Wang zakat yang dikutip daripada pembayan zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam. Contohnya:

(a)    kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;

 (b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;

(c)   wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;

(d)  melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.

4.    Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:

(a)   kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;

(b)  wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;

(c)  membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.

 

ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

 

1.   Orang fakir; orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.

2.    Orang miskin; onang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.

3.    Amil; orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.

4.    Mualaf; orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).

5.    Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.

6.    Orang yang berhutang.

7.    Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..

8.    Musafir yang terkandas.