Ibnu Rusyd

BIODATA

Nama : Abu Al-Walid Muhammad b. Ahmad b. Rusyd
Gelaran : AVERREOS
T/Lahir : 520H @ 1126M di Cardova
M/Dunia : 595M @ 1198H
Umur : 75 tahun

 

PENDIDIKAN

– Mempelajari perkara-perkara asas agama seperti al-Quran, Sastera, Bahasa Arab dan Feqah dengan keluarganya.
– Belajar ilmu perundangan dengan bapanya yang merupakan Ketua Hakim di Cardova, Andalus yang pakar dalam  undang-undang Mazhab Maliki
– Menghafaz Kitab Al-Muatta’ sejak kecil lagi.
– Mempelajari ilmu Falsafah ketika berumur 12 tahun dan guru utama beliau ialah Ibnu Majah.
– Beliau turut mempelajari bidang Perubatan, Sains, Astronomi dan Matematik di mana beliau mendapat Sarjana dalam bidang Sastera, Falsafah dan Kedoktoran.

 

SUMBANGAN

– Beliau meninggalkan banyak sumbangan yang bermakna dalam bidang falsafah, perubatan, pentadbiran, psikologi   dan  kehakiman.
– Dalam bidang falsafah yang dipelopori oleh Aristotle, beliau telah berjaya menghasilkan satu pemikiran baru yang   membawa kesan besar kepada bangsa Eropah yang kebetulan sedang menghadapi Zaman Pembaharuan.
– Di antara karangan beliau yang terkenal ialah :

                 a) General Rule Of Medicine – Perubatan
b) Kuliah Fi At-Tib – Perubatan
c) Talkhis Kitab An-Nafs- bidang Psikologi
d) Al-Jamhuriyyah Wa Al-Ahkam dalam bidang politik yang                       menghuraikan gagasan pemikiran secara demokratik yang tidak memisahkan antara agama dan politik.
e) Jawami’ Saisati Aflaton – Falsafah
f) Tahafur Al-Tahafut – Falsafah
g) Kasyful Adaliah – Falsafah

Translate »