Tuntutlah Ilmu sejak dari Buaian

Ramai penceramah mengatakan bahawa perkataan atau frasa di bawah yang amat popular adalah hadith Rasulullah SAW dalam bab galakan dalam menuntut ilmu.

اطلبوا العلم من ا لمهد إلى اللحد

“Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat”

Sebenarnya frasa di atas adalah cuma kata-kata hikmah sahaja, bukannya hadis Rasulullah SAW. Sila rujuk di sini atau di sini

Kata-kata hikmah  tersebut mengalakkan kita menunut ilmu sejak buain lagi. Maknanya proses pembelajaran itu bermula sejak seseorang itu dilahirkan di dunia. Jadi perkataan buaian diterjemahkan sebagai buaian bayi. Lojiknya semua bayi akan menikmati buaian tidak kira miskin atau kaya…..Benarkah ? Jadi, proses menuntut ilmupun bermula sehingga seseorang itu mati. Lewatnya……

Jelasnya, pendapat ini tidak tepat. Perkataan al-mahdi (buaian) hendaklah diterjemahkan sebagai rahim ibu. Bayi yang berada di dalam rahim ibunya akan merasa seperti berada dalam buaian bergantung kepada pergerakan ibunya. Mungkin anda masih teringat tentang surah-surah pilihan yang sunat diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil, menjaga bercakapan dan perangai dan selalu membelai anak di dalam rahimnya. Semua ini bertujuan untuk mendidik bayi tersebut supaya menjadi anak yang baik dan soleh apabila dilahirkan ke dunia kelak. Jadi, pendidikan itu bermula sejak dari alam rahim lagi.

Tambahan pula, kalau kita baca dan lihat tentang rencana di majalah, tv atau internet, ramai bakal ibu memberi pendidikan bayinya sejak dalam buaian lagi. Misalnya meletakkan alat hiburan (earphone) ke perutnya dengan harapan bayinya dapat bertindakbalas dan mnegenali muzik. Ini juga merupakan satu pendidikan……  

Jelaslah bahawa pendidikan itu bermula sejak bayi masih berada di dalam alam rahim lagi.

Oleh itu para bakal ibu hendaklah menjaga tuturbicara dan tingkahlaku mereka kerana semua itu akan diikuti oleh bayi mereka apabila mereka lahir kelak. Banyakkan membaca atau mendengar al-Quran, berzikir dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Di antara surah-surah yang sunat diamalkan ialah surah Ar-Rahman, surah Maryam, surah Yusof, surah Yaasin,surah at-Taubah, surah Luqman, surah an-Nahl dan surah al-A’raf.

Translate »