Tazkirah

Kisah Rasulullah dengan biawak

dhab

عن عمر بن الخطاب، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان في محفل من أصحابه إذا جاء أعرابي من بني سليم قد صاد ضبا وجعله في كمه ليذهب به إلى رحله فيشويه ويأكله، فلما رأى الجماعة قال: ما هذا ؟ قالوا: هذا الذي يذكر أنه نبي، فجاء فشق الناس فقال: واللات والعزى ما شملت السماء على ذي لهجة أبغض إلي منك، ولا أمقت منك، ولولا أن يسميني قومي عجولا لعجلت عليك فقتلتك فسررت بقتلك: الاسود والاحمر والابيض وغيرهم.

فقال عمر بن الخطاب: يا رسول الله، دعني فأقوم فاقتله، قال: يا عمر ! أما علمت أن الحليم كاد أن يكون نبيا ؟ ثم أقبل على الاعرابي وقال: ما حملك على أن قلت ما قلت ؟ وقلت غير الحق ؟ ولم تكرمني في مجلسي ؟ فقال: وتكلمني أيضا ؟ – استخفافا برسول الله صلى الله عليه وسلم – واللات والعزى لا آمنت بك أو يؤمن بك هذا الضب – وأخرج الضب من كمه وطرحه بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم – فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا ضب، فأجابه الضب بلسان عربي مبين يسمعه القوم جميعا: لبيك وسعديك يا زين من وافى القيامة قال: من تعبد يا ضب ؟ قال: الذي في السماء عرشه، وفي الارض سلطانه، وفي البحر سبيله، وفي الجنة رحمته، وفي النار عقابه، قال: فمن أنا يا ضب ؟ فقال: رسول رب العالمين، وخاتم النبيين، وقد أفلح من صدقك، وقد خاب من كذبك، فقال الاعرابي: والله لا أتبع أثرا بعد عين، والله لقد جئتك وما على ظهر الارض أبغض إلي منك، وإنك اليوم أحب إلي من والدي، ومن عيني ومني، وإني لاحبك بداخلي وخارجي، وسري وعلانيتي، وأشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله،

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam kitab Al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali Ad-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada Umar ra.

“Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat,tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan.

Melihat ramai yang berjalan itu,beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah orang yang sedang mereka iringi. Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”

Umar Al-Khattab menjadi marah, lalu bangkit dan berkata “Wahai Nabi! Biarlah saya bunuhnya!”

Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar : “Wahai Umar! Tidakkah negkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?”

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu “Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku!”

Arab Badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata “Demi tuhan Lata dan Uzza! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu,” katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi SAW.

Nabi SAW memanggil biawak itu. Kedengaran biawak itu menjawab dalam Bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir “Ya wahai Nabi SAW.”

Nabi bertanya; “Kepada siapakah engkau beriman?”. Jawab biawak itu; “Saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a’rasyNnya, di bumi itu kekuasaanNnya, dan di lautan itu jalanNya dan di syurga itu rahmatNnya dan dalam neraka itu azabNya!”

Tanya Nabi lagi; “Aku ini siapa wahai biawak?”. Jawab si biawak; “Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekelian alam! Penutup segala Nabi. Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata; “Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku, diriku sendiri, engkau amatku kasihi zahirku dan batinku.” Kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.